{"id":918,"date":"2023-09-14T15:34:06","date_gmt":"2023-09-14T07:34:06","guid":{"rendered":"https:\/\/legaladvice.com.my\/pembahagian-harta-pusaka-asas-hukum-faraid\/"},"modified":"2023-12-25T04:02:57","modified_gmt":"2023-12-24T20:02:57","slug":"pembahagian-harta-pusaka-faraid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/legaladvice.com.my\/ms\/pembahagian-harta-pusaka-faraid\/","title":{"rendered":"Pembahagian Harta Pusaka: Asas Hukum Faraid"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">erdapat empat cara pembahagian harta pusaka untuk orang Islam:<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Faraid<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><a href=\"https:\/\/www.al-islam.org\/waqf-hajr-and-wasaya-according-five-schools-islamic-law-muhammad-jawad-mughniyya\/will-and-bequest\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Wasiyyah<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> (wasiat)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Hibah (hadiah) dan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Wakaf\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bagi umat Islam, pembahagian harta pusaka yang telah dirancang boleh menjadi kunci kepada pengagihan yang lancar kepada waris yang layak. Apabila seseorang beragama Islam meninggal dunia, Undang-undang Harta Pusaka Islam, dikenali sebagai Faraid, akan terpakai dalam pembahagian harta Si Mati. Artikel ini akan membincangkan aspek asas Faraid yang terpakai untuk <\/span><a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/taxonomy\/term\/61\/2014\/11\/17067\/agama-mazhab-syafie-di-malaysia-sudah-lama-bertapak\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">orang Islam<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\n<h2><b>Maksud faraid harta dalam pembahagian harta pusaka<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam Bahasa Arab, faraid bermaksud bahagian yang ditentukan. Secara teknikalnya, perkataan ini merujuk kepada bahagian yang ditentukan untuk waris sah selepas kematian Si Mati, sepertimana yang telah ditetapkan oleh Hukum Syarak.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam agama Islam, faraid juga dikenali sebagai Undang-undang Pusaka Islam untuk pewarisan harta. Faraid digunakan dalam pembahagian harta Si Mati, sebagaimana disebutkan dalam Al Quran dan hadis.<\/span><\/p>\n<h2><b>Kepentingan faraid harta pusaka<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Prinsip dalam faraid dapat memastikan harta Si Mati diagihkan antara waris yang layak secara adil dan saksama.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam konteks agama Islam, hukum faraid:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Melindungi hak-hak individu untuk mewarisi harta pusaka.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Mengelakkan pertikaian dan konflik antara ahli keluarga dan memastikan hasrat Si Mati tentang harta peninggalannya di hormati.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sistem ekonomi yang seimbang yang membolehkan pengagihan kekayaan dalam masyarakat beragama Islam.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sebagai Cara berlandaskan hukum syarak untuk mengumpul kekayaan dan mengagihkan harta pusaka dengan adil dan saksama.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<h2><b>Hukum faraid berdasarkan Al-Quran dan Sunnah\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Hak dan pembahagian faraid antara waris, dilindungi dan dinyatakan dalam Al-Quran dalam Surah An-Nisa, ayat 11:\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b><i>\u201cAllah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya; satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. <\/i><\/b><\/p>\n<p><b><i>Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.&#8221;\u00a0<\/i><\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Nabi Muhammad S.A.W, bersabda:<\/span><\/p>\n<p><b><i>\u201cPelajarilah ilmu faraid dan ajarkannya sesungguhnya ia merupakan sebahagian daripada ilmu yang dilupakan serta ilmu ini merupakan ilmu yang pertama diangkat daripada umatku.<\/i><\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u201d<\/span><\/p>\n<h2><b>Perkara perlu diurus selepas berlaku kematian<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kewajipan yang perlu dipenuhi, adalah mengikut turutan berikut:<\/span><\/p>\n<p><b>(1) Belanja pengebumian<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Perkara pertama yang perlu diuruskan adalah <\/span><a href=\"https:\/\/www.malaysiakini.com\/brandedcontent\/623100\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">perbelanjaan pengebumian<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> yang dikeluarkan bermula dari kematian sehingga pengebumian. Belanja ini termasuk pengangkutan, pembersihan, pengurusan jenazah, dan bayaran pengebumian. Purata perbelanjaan pengebumian untuk orang Islam di Malaysia adalah dalam lingkungan RM1,000.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>(2) Langsaikan hutang\u00a0<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Perkara seterusnya yang perlu diselesaikan adalah melunaskan hutang Si Mati. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b><i>\u201cJiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dia melunaskannya\u201d.<\/i><\/b><\/p>\n<p><b>(3) Menunaikan wasiat Si Mati<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya Si Mati ada meninggalkan wasiat, ia mesti diselesaikan mengikut apa yang dinyatakan dalam wasiat Si Mati (dengan syarat tidak boleh melebihi 1\/3 jumlah harta Si Mati).<\/span><\/p>\n<p><b>(4) Pembahagian harta pusaka secara faraid kepada waris yang layak\u00a0<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Baki harta Si Mati yang masih ada selepas ditolak tiga perkara di atas, akan diagihkan antara waris mengikut formula atau cara kiraan faraid.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>Kategori harta faraid<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Terdapat dua kategori harta dalam faraid:<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><a href=\"https:\/\/www.malaysia.gov.my\/portal\/content\/30321?language=my\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Harta boleh alih<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> seperti tanah, rumah dan bangunan; dan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Harta tidak alih seperti wang simpanan di bank, saham, simpanan KWSP, Tabung Haji, insurans, kenderaan dan barang kemas.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Permohonan untuk pengagihan boleh dibuat dalam bentuk Perintah\/Sijil Faraid. Sijil ini boleh dimohon di Mahkamah Syariah secara sendiri atau menggunakan khidmat peguam.<\/span><\/p>\n<h2><b>Susunan waris faraid dan bahagiannya<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Di dalam ayat 11 dan 12 Surah An-Nisa, Allah S.W.T telah berfirman tentang bahagian layak diwarisi oleh emak, ayah dan isteri atau suami.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jadual\/carta pembahagian faraid berikut meringkaskan bahagian untuk setiap waris.<\/span><\/p>\n<table>\n<thead>\n<tr>\n<th><span style=\"font-weight: 400;\">Waris<\/span><\/th>\n<th><span style=\"font-weight: 400;\">Bahagian<\/span><\/th>\n<th><span style=\"font-weight: 400;\">Syarat<\/span><\/th>\n<\/tr>\n<\/thead>\n<tbody>\n<tr>\n<td rowspan=\"2\"><span style=\"font-weight: 400;\">Suami<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">1\/2<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Jika Si Mati isteri tidak mempunyai anak\u00a0<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">1\/4<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Jika Si Mati isteri mempunyai anak\u00a0<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td rowspan=\"2\"><span style=\"font-weight: 400;\">Isteri<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">1\/4<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Jika Si Mati suami tidak mempunyai anak\u00a0<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">1\/8<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Jika Si Mati suami memiliki anak\u00a0<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td rowspan=\"3\"><span style=\"font-weight: 400;\">Anak Perempuan<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">1\/2<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anak perempuan tunggal dan tiada anak lelaki<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">2\/3<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Jika lebih dari seorang anak perempuan dan tiada lelaki<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">2:1<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Jika Si Mati mempunyai anak lelaki dan anak perempuan. Anak perempuan menerima separuh daripada bahagian anak lelaki.\u00a0<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td rowspan=\"2\"><span style=\"font-weight: 400;\">Emak<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">1\/3<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Jika hanya mempunyai emak dan ayah If only mother and father (tiada anak)<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">1\/6<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Si Mati mempunyai anak atau Si Mati mempunyai 2 atau lebih abang dan kakak atau adik<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Ayah<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">1\/6<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Waris mempunyai anak lelaki (satu atau lebih))<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ringkasan di atas merupakan terjemahan secara literal daripada ayat tersebut. Namun, sekiranya dipersetujui oleh semua waris, bahagian faraid yang diperuntukkan kepada waris yang sah boleh diubah atau disusun semula.<\/span><\/p>\n<h2><b>Beza antara pembahagian harta pusaka faraid dan pewarisan harta pusaka sivil<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Hukum faraid berbeza daripada pewarisan harta sivil dalam beberapa aspek:<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Hukum faraid mengutamakan waris tertentu untuk dibahagikan harta<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">. Sebagai perbandingan, undang-udang pewarisan sivil tidak menjamin isteri berhak mendapat harta pusaka jika tidak dinyatakan dalam wasiat.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam konteks cara kiraan faraid, biasanya <\/span><b>waris lelaki layak menerima bahagian yang lebih banyak berbanding waris perempuan<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">. Perkara ini berbeza degan undang-undang sivil, di mana jantina waris tidak memberi kesan kepada pembahagian aset Si Mati.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Perbezaan ketara antara pembahagian faraid dan undang-undang harta pusaka konvensional adalah dari <\/span><b>segi prinsip dan peraturan<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">. Hukum faraid adalah berdasarkan prinsip Islam dengan memastikan pembahagian harta yang adil selari dengan Al-Quran dan Hadis.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Undang-undang pembahagian harta pusaka konvesional mengutamakan kebebasan individu. Ia menawarkan fleksibiliti dalam pengagihan aset, Orang Islam wajib mematuhi bahagian yang telah disebutkan dalam Al-Quran dan tidak boleh mengeluarkan hak waris sah dari pembahagian harta pusaka Si Mati.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<h2><b>Perkara menghalang hak waris dalam pembahagian faraid<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Terdapat dua hadis yang menyebut tentang dua situasi yang boleh menyebabkan waris sah hilang hak dalam pembahagian harta Si Mati:\u00a0<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Yang pertama, jika waris tersebut <\/span><a href=\"https:\/\/yaqeeninstitute.org.my\/read\/paper\/the-issue-of-apostasy-in-islam\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">keluar dari agama Islam atau murtad<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">, individu tersebut hilang kelayakan untuk bahagian tetap dalam kiraan faraid.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Nabi Muhammad S.A.W, pernah bersabda: <\/span><span style=\"font-weight: 400;\">\u201c<\/span><b><i>Orang Islam tidak boleh mewarisi harta seorang kafir begitu juga orang kafir tidak boleh mewarisi harta seorang Muslim\u201d<\/i><\/b><span style=\"font-weight: 400;\">. <\/span><span style=\"font-weight: 400;\">(Sahih al Bukhari).\u00a0<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Yang kedua, jika waris tersebut didapati membunuh Si Mati. Ulama telah bersepakat <\/span><a href=\"https:\/\/simrahman.com\/estate-planning-lawyer-in-malaysia\/trustee-crime-malaysia\/#:~:text=As%20long%20as%20the%20person,anything%20from%20the%20victim&#039;s%20estate.\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">membunuh dengan sengaja<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> atau tanpa sebab kukuh menghalang seseorang itu daripada mewarisi harta pusaka orang yang dibunuhnya. Ijtimak ini bersandarkan kepada hadis:\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><b><i>\u201cPembunuh tidak layak menerima apa-apa (mewarisi harta pusaka).\u201d<\/i><\/b> <i><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">(<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">Riwayat Tirmizi<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">)<\/span><\/p>\n<h2><b>Cara menguruskan harta pusaka di bawah sistem Mahkamah di Malaysia\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Di Malaysia, hak waris dalam pembahagian harta faraid tidak diberikan secara automatik. Penting untuk anda faham bahawa hak-hak ini perlu diperolehi dan dibuktikan secara sah dari segi undang-undang. Jika tidak, harta pusaka Si Mati akan dibekukan di <\/span><a href=\"https:\/\/www.maiwp.gov.my\/i\/index.php\/en\/mengenai-kami\/objektif-visi-misi\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Baitumal<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam pembahagian harta Si Mati, seorang individu, biasanya mewakili Si Mati, bertanggungjawab sebagai pentadbir harta pusaka. Perlantikan sebagai pentadbir ini memerlukan persetujuan semua waris sah.<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Seksyen 50 <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 menyatakan Mahkamah Syariah boleh mengeluarkan sijil perakuan yang mengandungi butiran benefisiari(waris) dan bahagian masing-masing untuk harta pusaka selepas pentadbir harta pusaka membuat permohonan.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pentadbir perlu mendapatkan perintah Mahkamah, terutamanya Surat Pentadbiran, untuk mendapatkan kuasa dari segi undang-undang untuk mengendalikan aset dan hutang Si Mati.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila Surat Pentadbiran tersebut berjaya diperolehi, pentadbir boleh bahagi harta ikut faraid.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kami telah membincangkan proses permohonan Surat Pentadbiran <\/span><a href=\"https:\/\/legaladvice.com.my\/grant-probate-letter-administration\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">di sini<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<h2><b>Salah faham tentang hukum faraid\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><b>(1) Faraid hanya untuk orang kaya .<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Faraid terpakai untuk semua umat Islam, tidak hanya kepada mereka yang berharta atau aset yang banyak. Hukum faraid merupakan bahagian penting dalam undang-undang Islam sebagai panduan bagaimana aset Si Mati dibahagikan.<\/span><\/p>\n<p><b>(2) Hukum Faraid hanya terpakai untuk orang Islam yang tinggal di negara majoritinya umat Islam.<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Hukum faraid merupakan prinsip undang-undang Islam yang universal dalam pembahagian harta Si Mati. Pemakaian faraid tidak hanya kepada negara Islam, malah ia merupakan undang-undang untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Faraid is a universal tenet of Islamic law that presides over the distribution of a deceased person&#8217;s estate. Its application applies not only to Islamic states but is a universal guiding principle for all Muslims worldwide.<\/span><\/p>\n<p><b>(3) Faraid tidak adil kepada waris perempuan.<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tidak seperti kepercayaan sesetengah pihak, hukum faraid adalah adil kepada perempuan. Pembahagian faraid dilakukan berdasarkan peraturan yang komprehensif berdasarkan susunan waris dan jumlah harta Si Mati.<\/span><\/p>\n<p><b>(4) Hukum faraid ketinggalan zaman dan tidak relevan untuk zaman moden.<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tidak betul. Undang-undang faraid merupakan aspek teras dalam undang-undang Islam yang telah diamalkan sejak berabad lama dan terus relevan sehingga hari ini. Sistem pembahagian faraid harta pusaka bersifat adil tidak kira jumlah harta pusaka atau bilangan waris yang layak.<\/span><\/p>\n<p><b>(5) Harta pusaka tidak boleh dibahagikan sama rata dalam faraid.<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tidak betul. Agama Islam membenarkan pembahagian secara sama rata harta Si Mati jika terdapat persetujuan antara semua waris.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>(6) Faraid adalah satu-satunya cara perancangan\/pembahagian harta dalam Islam<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Faraid bukanlah satu-satunya mekanisme pembahagian harta dalam undang-undang Syariah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Rangka kerja undang-undang Syraiah menawarkan cara pembahagian harta yang lain seperti hibah dan wakaf. Cara lain yang ini boleh digunakan secara berasingan atau bersama faraid, selagi setiap syarat-syarat untuk cara tersebut dipenuhi.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Hukum faraid akan terpakai secara <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">default<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> sekiranya Si Mati tidak meninggalkan apa-apa wasiat yang menyatakan cara-cara lain untuk pembahagian harta pusaka Si Mati.<\/span><\/p>\n<h2><b>Isi Penting\u00a0<\/b><\/h2>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tidak seperti perancangan harta konvensional, perancangan harta pusaka Islam perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh hukum Syarak.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pengetahuan tentang faraid begitu penting sehinggakan Rasullullah S.A.W menyuruh umat Islam bukan setakat pelajarinya, malah disarankan untuk mengajarkannya kepada orang lain. Menurutnya lagi, ilmu faraid dianggap separuh dari ilmu dan ia adalah ilmu dilupakan sehinggakan suatu ketika nanti jika terdapat dua orang yang berbalah tentang faraid, mereka tidak akan dapat menemui orang yang boleh menyelesaikan masalah mereka itu.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Faraid adalah cara asas perancangan harta. Terdapat ulama\u2019 yang mengatakan hukum faraid adalah separuh dari hal pewarisan harta pusaka, di mana separuh lagi adalah wasiat, hibah dan wakaf.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"erdapat empat cara pembahagian harta pusaka untuk orang Islam: Faraid Wasiyyah (wasiat) Hibah (hadiah) dan Wakaf\u00a0 Bagi umat Islam, pembahagian harta pusaka yang telah dirancang boleh menjadi kunci kepada pengagihan yang lancar kepada waris yang layak. Apabila seseorang beragama Islam meninggal dunia, Undang-undang Harta Pusaka Islam, dikenali sebagai Faraid, akan terpakai dalam pembahagian harta Si Mati. Artikel ini akan membincangkan aspek asas Faraid yang terpakai untuk orang Islam. Maksud faraid&#8230;","protected":false},"author":2,"featured_media":762,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[46,47],"tags":[],"class_list":["post-918","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-perwarisan","category-undang-undang-syariah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/legaladvice.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/918","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/legaladvice.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/legaladvice.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/legaladvice.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/legaladvice.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=918"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/legaladvice.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/918\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":921,"href":"https:\/\/legaladvice.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/918\/revisions\/921"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/legaladvice.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/762"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/legaladvice.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=918"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/legaladvice.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=918"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/legaladvice.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=918"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}